Sememangnya menguji kesabaran sambung belajar ni, baru lah tau rasanya
macamane..selama ni tengok kakak sambung belajar dengan kerja sebagai cikgu..anak 5
orang..sedar-sedar dah grad..macam senang je tapi rupa-rupanya banyak cerita pahit yang
terselit di sebaliknya. Alhamdulillah di sebalik kepahitan akhirnya berjaya juga beliau
menghabiskan pengajiannya. Tahniah kekandaku Shamsinar..I love u. Beliaulah pengganti
arwah mak. Sekarang kita dah tak punye mak dan bapak. Tu lah walaupun dalam kesibukan
bekerja, belajar dan bisnes, kadang-kadang tak sedar meleleh air mata teringat. Tiap kali
lepas solat mesti doakan arwah mak dan bapak. Lagi pulak duk jauh kat sini memang
menyedihkan..tapi takpe, arwah mak dan bapak dah beri cukup ilmu agama untuk kita.
InsyaAllah kita boleh lalui kehidupan dengan tabah kan? harap kita adik beradik semua
bersatu, tak ada perasaan hasad dengki sesama kita, saling membantu bila kita dalam
kesusahan. Sekian coretan pagi Isnin.. Mood nak sambung buat assignment yang bertimbun
ni..terima kasih..:)
No comments:
Post a Comment